Friday, August 16, 2013

Kalau dah jodoh.. ^_^

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^

semalam duk bermesej dgn mmbr soal jodoh..e2 yg tetibe cri artikel sal jodoh neyh...hehehe...ngade ^_^




Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang
 datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari.
 Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalanjodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.


~maassalamah~

Monday, May 27, 2013

Bersyukurlah jika diuji ^_^

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^


Ustaz cakap "Janganlah kamu menangis jika putus hubungan,tetapi mengucap Alhamdulillah sbb dijauhkan dari orang yg tidak reti menghargai."

Single tak bermakna tak boleh berkawan. Break tak bermakna musuh. Sayang tak bermakna kena couple. Sebenarnye, SAHABAT itu lebih termakna dari bertalian lebih dalam..moga kau sentiasa bahagia sahabat

*InsyaAllah..Allah bg ujian sbb sygkn hambanya..berbaek sangka dengan Dia...Alhamdulillah syukur nikmat
wish me luck 4 exam n thesis...


~maassalamah~

Monday, January 21, 2013

my first video tutorial

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^


video neyh aqu wat sebab dpt tajuk "shawl" untuk kelas public speaking sem 5..tataw la dpt wape markah...terketar-ketar aqu nk present time neyh..yela..x pndai BI sgt..rojak2 lak...hopefully markah oke..InsyaAllah..dh habiz baek wat neyh walaupun amat malu ^_^...heee spatOtnyer aqu tutorial live dpn kelas..tapi tak yakin..itu yang wat video...enjoy ^_^

Wednesday, December 26, 2012

fake lg...aqu terpaksa


Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^


tgk la..timbulkan kontrobesi sungguh...siap ade mmbr yg msg tny aqu kapel ngan aiman firdaus tu ke???

jawapannyer:-
---> tidak same skali...dyer mmbr aqu dri kecik sbnrnyer..just tolong aqu jayakan misi neyh..konon2 dpt bunge...hahaha..berangan jela..org mcm aqu nk dpt bunge..tak la kn...aqu un terpaksa wat mende cm neyh..ase bersalah un hade...tp setiap yg kte wat msti de sbb kn...bukannyer suke2 nk dptkn publisiti.... :))

tengkiu to Aiman Firdaus...n buat si dia yg penah bahagiakn diri aqu suatu mase dlu..aqu amat2 berterima kasih ats sumer yg terjadi n aqu harap kau bahagia kawan..kite mula perkenalan ngan berkawan.. n aqu takkan putuskan ikatan kawan tuh hnya sebab cinta...kau kawan aqu selamanyer... ^_^ ....lg 1 aqu nk ucap mekaseh manyak2 sbb slalu tolong dlm assgmnt2 aqu... kau mmg baek sgt... may Allah bless u ...haa..x lupe ugek..gud luck...i know u sdng usha si sepet skunk..hehe...chaiyOk...InsyaAllah lau jodO x merangkak kemane...may Allah bless both of you ^_^ ...honestly i wnt u epy n dpt pe yg d'impikn.. <3

~maassalamah~



Saturday, September 8, 2012

in a relationship

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^


hehe:- fake relay je ney..ney adk aq..sengaje adk aq nk kenakn sape ntah...aq lak tolong menjayakn la misi adkku...heee

~maassalamah~

Monday, August 13, 2012

Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^




Slamat Hri Raye untuk sumer
ampun maaf lau de slh n silap...

jemput la dtg umah ea
hee

~maassalamah~

Monday, August 6, 2012

my epy besday.. :)

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^

--> da masUk 22 taUn.. heee... <da ley tawen ke???>... x ley agy sbb taw msk meggi ajer..kne blaja masak dlu nnti ley masak tOk sunan <3...heee <ngade>

*05890*


















epy amat sbb ney la first time sye tiup kek hri jd sndiri...heee...metacih mak,abah,akak n adek...
lebiu3 <3...muahhh


~maassalamah~

Wednesday, December 21, 2011

The White Kebaya

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^

-->lame x update blog..buzy sgt ngan praktis tarian..fuhh..sumer da selesai..legaa..persembahan cm hancuss aje..hehe..tapela..jnji da lepas



mekap tebal mcm antU..hehe










pice mse kai bju pink..posing pas persembahan ballet...
ney lak wrna kegemaran aq...heee

cedera ckit gara2 nak bersiap tok mlm persembahan tuh...pedih3


*bnyk lg pice..t nana msukkan lg..hehe

maassalamah

Tuesday, November 15, 2011

deactive facebook....

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^

aq da deactive fb..sebabnyer ialahh...tettt..hny aq la yg tahu..<tiada kaitan dengan yang hidop mahupon yg telah tiada>..hehe..nanti bila sampai masa aq akn active kn semula..InsyaAllah...


rehat sekejap aje..mata aq letih tgk fb ney..:p

boring2 aq post la something at blog ney..<ceyhhh boring kunun,padahal assgmnt berlambak>..aq slalu bukak blog ney tapi ade catatan yg aq sorang je boleh baca <ala2 diari gtu>...heee..lau kowang baca kantoii la...

kpda mmbr2 baek aq..<sumer baek2 blake..tade yg x baek>..hehe...kowang pape al..msg/kol aq..InsyaAllah akn dilayan...k la,aq nak mandi dlu..cau cin cau


maassalamah..



Thursday, June 23, 2011

sweet moment with my fwen..

Bismillahirrahmanirrahim ~ Assalamualaikum utk sumer pembaca yg kiut miut ^_^

-->Alkisahnyer aq nk cerita skit sal kengkawan yg rapat ngan aq sejak aq mle menjejakkn kaki ke u..hehe



Haa..ney la kteorg mse mle2 kenai..ary first jupe da boley amk pice ramai2..ase mcm dah lame knl..hehehe..cmpai skunk kteorang mkn sme2..stadi sme2..g jln sme2..banyak lagi la..kdang tdow pown sme2..hak3


Ney pice2 mse sem 2…








Pice ney d’amk mse mle2 msk sem 2 dlu..kteorg duk cri blik kuliah..cri awl2 x la sesat mse kuliah nnti…hik3..




Ney pice aq ngan ayu..dyer la yg aq mle2 kenai mse suai knl..kalau tny dyer skrang “pe pndpt ayu mse kite mle knl..dyer akn jwb aq nmpk sombong time 2"…sbb x bnyk ckp kowt time 2..ea la masih dlm mood sdey lg mse 2…heheh..dh kenai bwu la taw prangai sebenar aq..bak kta org..x knl mka x cinta..ye dok??..muahahahah




Ney aq ngan ain..ain ney roomate aq..pice ney d'amk dlm kls..org laen duk berkuliah kteorg lak duk amk gmbr..hehehe..




Ney pice aq ngan ijah..ijah ney pown roommate aq..mse ney kteorg nk wat asemen ttg iklan merokok..pelakon utama bukanlah kteorg berdua..kteorg jd penyibuk jer..haha..peacee ^_^




Ney aq ngan dayah…dayah ney pown roommate aq..mse ney mengada-ngada nk amk gmbr sblom bas cmpai..almaklom la..nk outing katakan…bas pulak lambat amat cmpai..penat nunggu weh..




ney yuyu n aq mse besday dayah..hehe..beso tmbikai tuh..bole mkn ke gtuh..hehehe..<drama2>
mase ney smbot besday dayah ngan mak angkat aq...aq,dayah n ijah merupakan adek badik angkat la kiranya..sbb mak angkat yg same..hehehe..sedap amat mkn udang lipan rebus time ney..nyum3




Ney pice ramai2 mse besday dyh..maen baling tepung rmai2..amat seronok & korang mmg sporting la..hee




Ney pulak pice mse kteorg join perarakan maulidulrasul..sbb 2 la bereben-reben ats kpla…x muat aq dlm gmbr tuh..terpaksa duk beriba ngan ayu..aq sowang yg akai bju kaler laen..tapelah tudung kte tetap sme kaler….

E2 la srba sdikit ttg kwn2 baekku..skrang da abz sem 2..result pown da dpt..stadi ngan kowang same2..dpt result pown lebih kurang same pointernyer..nnti sem 3 kte jupe lg wahai kengkawanku yg giler-giler..swonok amat kwn ngan kowang.. sayanggg korang..<3


maassalamah...